Siapakah Dajjal?
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan
Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk
lain selain ia sebagai manusia yg
ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin”
seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh
Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun
semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan
mati dan di kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg
di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat
nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan
Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan
banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji
ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun
Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala
ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di
zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai
hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh
Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan
masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w.
telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta
matanya sebelah kiri, lebat (panjang)
rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan
Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih
Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg
disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw,
diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;
Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;
Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari
belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada
dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan
seperti buah kismis yg kecut, manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua
matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis
didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan
ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama
ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut
hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda
ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia
mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada
pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm
kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu
sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai
di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor
binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat
hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang
utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari
buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita
bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu
masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
“transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan
di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan
cabarannya kepada umat ini, selama empat
puluh hari sahaja. Namun begitu, hari
pertamanya adalah sama dgn setahun dan
hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga
sama dengan satuminggu dan hari-hari baki
lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa
lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?
Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama
empat puluh hari. Hari yg pertama seperti
setahun dan hari berikutnya seperti sebulan
dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian
hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari)
adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu
kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di
hari yg panjang seperti setahun itu, apakah
cukup bagi kami hanya sembahyang sehari
sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw
menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira
hari itu dgn menentukan kadar yg
bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah
supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari
itu. Bukan mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah
berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh
pada hariitu maka masuklah waktu
sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyangZohor, dan apabila ia telah
berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga
jam setengah misalnya, maka masuklah
waktu Asar, maka wajib kita sembahyang
Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang
Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga
habis hari yg panjang itu sama panjangnya
dgn masa satu tahun dan bilangan
sembahyang pun pada sehari itu sebanyak
bilangan sembahyang setahun yg kita
lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan
ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk
menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah
memberikan kepadanya beberapa
kemampuan yg luar biasa. Di antara
kemampuan Dajjal ialah:
* Segala kesenangan hidup akan ada
bersama dengannya.
Benda-benda beku akan
mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal,
dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah
dgnkemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan
akan kurang sepertiga dari biasa dan pada
tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan
tahun ketiga hujan tidak akan turun
langsung. Umat akan dilandakebuluran dan
kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul
membawa ujian. Maka daerah mana yg
percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada
awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu
hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begituj uga ekonomi, perdagangan akan
menjadi makmur dan stabil pada org yg
bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg
tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka
akan tetap berada dlm kebuluran dan
kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan
memiliki segunung roti (makanan) sedangkan
org yg tidak percaya dengannya berada
dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w.
bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam
yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan
merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,
bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu
yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu
Majah
* Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan
Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama
dengannya seumpama syurga dan neraka
dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal
akan menggunakan kedua-duanya ini untuk
menguji iman org Islam kerana hakikat yg
benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan.
Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya
Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu
adalah Syurga.
* Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri
yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada
pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini
maka bolehlah kita mengatakan kepantasan
itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagidaripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat
ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya:
Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah
seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan
atauawan) yang dipukul oleh angin yang
kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat
memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al
Munawwarah.
* Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus
membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg
terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak
cucu Adam a.s.